Sunday 21 December 2008

Deqwah & Adik2 Deqwah ..

Assalammualaikum.
dah lama deqwah tak updated Blog, deqwah bukan tak nak update tapi kakak deqwah sibuk sangat sampai tak sempat nak upadate blog salamqiswah. deqwah sekarang ni duk kat umah tak gi mana2 pun, sebab sekolah abah tak cuti lagi. abang2 deqwah semua dah balik pondok masing, pondok abang ngah dengan abang dhe kat gelang mas, kelantan. pondok abang chik plak kat pasir tumboh, kelantan. abah cakap pondok abang chik 2 dulu pondok abah. kat rumah ni sunyi sangat bila abang2 deqwah tak de.
semalam tok ayah dan mak tok datang, kak Aina ikut Mak Tok & Tok Ayah balik Kg. bertambah lah kesunyian deqwah, Deqwah ada 6 orang abang dan 2 kakak, jadi sekarang deqwah ada lagi 3 orang abang dan seorang lagi kakak.
hem tengahhari tadi masa makan abah cakap esok abah cuti 3 hari, abah tak gi kuliyah mana2. jadi boleh lah gi jalan. abah tanya nak gi jalan mana, nak gi mana yea ??

kat bawah ni deqwah letakkan gambar2 adik2 deqwah ( Anak2 sepupu deqwah). ni lah kawan2 deqwah, deqwah sayang adik2 ni..


( Adik Waliyullah )





( Adik Masy'al )

bulan 4 ni insyaallah deqwah dapat adik baru, ummi cakap perempuan, kalau perempuan barulah seronok, abang alang cakap kalau lelaki adik 2 adik abang alang, tapi tak pe deqwah tak kisah, deqwah kan dah ramai adik.

Friday 12 December 2008

Alang & Deqwah Dapat Hadiah..

hai semua, hari ni abah deqwah & alang dah balik rumah, abah sampai pukul 2.00 pagi tadi. mula2 deqwah tunggu juga abah tapi deqwah tertidolah, alang pun sama tertido.. abah ada bawa hadiah 2 alang & deqwah tapi ada dalam kereta, kena tunggu esok baru abah bagi, hem tak sabar nak tahu apa yang abah bawa dari kemboja..

pagi tadi awal2 lagi deqwah & alang dah bangun. nak tengok hadiah. abah ajak deqwah, alang, kakak, abang aziz dan ummi pergi ambil k.aina dekat umah mak ngah, kat batu 3. deqwah dapat adik patung kaler pink, comel sangat2. harga dia 15 dollar. abang alang pulak dapat kereta control harga dia deqwah tak tahu la berapa, lupa nak tanya abah. yang lain abah belikan baju. TERIMA KASIH ABAH ..


ni lah adik Patung Deqwah, Comelkan !!


Ni Pulak Kereta Alang, Hebat Kereta Ni..

Tuesday 9 December 2008

Hai Semua, Selamat Hari Raya..


Selamat Hari Raya Aidiladha..
apa khabar semua.. selamat berkunjung ke blog salamqiswah, blog ni kak long yang buatkan, sebab deqwah nangis2 nak blog macam kak Long, Kak aina, Abang Aziz & Abg Ngah. Akhirnya deqwah berjaya juga dapatkan blog macam kakak2 dan abang2 deqwah.. deqwah suka blog ni, cantik sangat, Terima kasih kakak..
Semalam hari raya umi belikan baju raya untuk deqwah, untuk abg alang pun umi belikan.. cantik tak baju deqwah ?? warna pink, deqwah suka warna pink.. pagi raya deqwah bangun awal2 nak sambut raya tapi abang alang pukul 9.00 pg baru bangun, tu lah tidur lambat lagi.. Deqwah pakai cantik2 tapi duk umah je sebab hujan lagipun abah,abg ngah dan abg dhe raya kat kemboja.. tak dapat lah deqwah gi jalan2.hari 2 deqwah dah cakap kat abah nak ikut abah raya kat kemboja tapi abah tak bagi, abah cakap jauh, abah janji nak beli doll yang besar sangat. tak sabar nak tunggu abah balik nak tengok doll 2 besar dari abah tak.... key la deqwah nak minum susu ni.. tata..

Tentang Deqwah Dan Alang.

hai Semua nama saya Imam Izzuddin Abdussalam. panggil je saya alang @ atiq. umur alang baru 4 tahun.. alang lahir 30 ogos 2004. alang suka tengok t.v. alang tak sekolah lagi, alang duduk kat rumah je. tapi alang belajar mengaji dengan ummi dan kak long. tahun depan umur along 5 tahun, abah cakap abah nak hantar alang sekolah PASTI, umi kata sekolah 2 jauh dari rumah.. alang nak sekolah kat sekolah abang walad tapi umi cakap sekolah 2 untuk budak2 besar, alang kecik lagi kena sekolah kat sekolah budak kecik.. tak pe alang tak takut alang kan kuat, kalau ada orang pukul alang, alang akan jadi Ultraman nexus.. kalau ada orang kejar alang, alang lari kat planet bumi. alang ada banyak cd Ultraman. Abah selalu belikan kalau pergi Giant..


alang sayang abah, abah baik sangat.baru2 ni abah bawa alang, deqwah dengan ummi pergi kemboja. abah cakap biar alang tahu macam mana susahnya budak sebaya alang kat kemboja, diaorang hidup susah sangat. rumah diaorang tak de t.v pun. tak de Astro, tak de Giant. tak de tempat jual c.d Ultraman. sume tak de. raya aidiladha ni abah pergi kemboja dengan abang dhe dan abang ngah je. alang ngan deqwah raya kat umah je teman ummi, deqwah nangis2 nak ikut abah. gambar kat sebelah ni kakak ambil waktu alang kat Hospita Temerloh, masa 2 mak tok alang sakit jantung. abah bawa pergi hospital kat Temerloh, sementara tunggu mak tok alang main2 dulu. pas 2 mak tok masuk wad, sian mak tok. tapi sekarang mak tok dah sihat.
okey lah selamat mengunjungi blog alang & deqwah..



alang masa kecil ..









hai nama saya pulak Qiswah Shahedah Az-Zahrah, Panggil Je Deqwah, umur deqwah baru 3 tahun. Deqwah anak bongsu sekali. deqwah lahir 11 september 2005.


tapi jangan terkejut deqwah ada blog, deqwah cerita kat kakak apa2 je nanti kakak tuliskan dalam blog, deqwah tak pandai tulis lagi mewarna deqwah pandailah, tunggu nanti 3 tahun lagi deqwah tulis sendiri blog ni.


blog ni pun deqwah paksa kakak buatkan. mana aci semua ada blog tapi deqwah tak de.hari 2 deqwah cakap kat kakak suruh kakak buatkan blog, tapi kakak ketawa je, kakak suruh deqwah cakap kat abah biar abah buatkan. deqwah cakap kat abah, abah pun sama gelak kan deqwah, kelakar sangat ker permintaan deqwah ni ?? abah cakap tak padan dengan kecik nak blog. abah janji nak buat tapi lama2 abah lupa nak buat, tapi tak pe deqwah tahu abah sibuk, abah selalu pergi kuliyah dan ceramah jauh2. abah cakap abah cari duit untuk deqwah, alang dan semua keluarga deqwah, terima kasih abah. nak suruh kakak, kakak pulak sibuk, kakak cakap nantilah, kakak ada tasmi' Al-Quraan sebelum raya haji.

sebelum raya haji abah pergi kemboja dengan abang ngah dan abang dhee. deqwah bosan sangat duk kat rumah bila abah tak de. nak main dengan kakak asrama, sume kakak asrama balik rumah diaorang, nak main dengan alang, alang tak nak, abang walad pulak asyik jalan je kalau main dengan deqwah abang walad asyik mengusik deqwah je, nak main dengan kakak, kakak asyik tolong ummi wat kerje umah je, abang dengan kak Aina asyik duk depan komputer je, tengok blog la 2.


deqwah cakap kat kakak deqwah pun nak blog, nak warna pink, nak cantik2. kakak cakap tunggu la kalau kakak ada masa, hem akhirnya kakak buatkan juga. terima kasih kakak. deqwah suka sangat.


kakak cakap nanti deqwah dapat adik baru, sebab umi mengandung. tapi deqwah dah adik, deqwah ada adik Aliyullah, adik Masy'al, Adik Salman, Adik Ainul. kadang kalau deqwah tak tahu nak main dengan sapa deqwah suruh kakak ambilkan adik Masy'al dia kecil lagi baru 7 bulan, deqwah suka main dengan Masy'al, Masy'al 2 anak spupu Deqwah.. kadang2 deqwah pergi umah adik Aliyullah, adik Aliyullah pun baru 7 bulan dia montel sangat, badan dia sama berat dengan deqwah 9.5kg. dia panggil deqwah kholah Wah. Aliyullah pun anak spupu deqwah juga..


okey lah nanti deqwah cerita lagi kat kakak biar kakak tuliskan dalam blog. sekarang ni deqwah nak pergi tengok c.d Tom & Jerry. key babye.




Deqwah Masa Kecil